Kita Boleh Lebih Memahami Konsep Satu Malaysia Yang Juga Merupakan Salah Satu Tunggak Perpaduan Masyarakat Malaysia
Wednesday, September 30, 2015
KERATAN AKHBAR TENTANG PERPADUAN DI MALAYSIA
GOTONG ROYONG DAPAT MENGERATKAN PERKAUMAN MASYARAKAT MALAYSIA
KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN TUNAS MENYERTAI KARNIVAL TUNAS JIRAN
EKONOMI MALAYSIA BERKEMBANG PESAT
SUKAN MERUPAKAN SALAH SATU CARA UNTUK MENERAP NILAI PERPADUAN PADA PERINGKAT SEKOLAH
MENCAPAI PERPADUAN KAUM TANPA MELIHATKAN BATAS PERKAUMAN
PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Malaysia mempunyai variasi kaum
yang hidup dalam komuniti yangaman dan harmoni. Kepelbagaian kaum seperti
kaum Melayu, Cina dan Indiayang hidup bagai aur dengan tebing menjadikan
Malaysia sebagai sebuahnegara yang unik di rantau ini. Peristiwa 13 Mei
1969 masih segar dalamingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah
yang melibatkan rusuhankaum padda ketika itu perlu menjadid iktbar bagi setiap generasi.Sesungguhnya
peristiwa 13 Mei 1969 yang mencatatkan titik hitam dalamsejarah perpaduan
kaum di Malaysia wajar direnungi agar pisang tidakberbuah dua kali.
Perpaduan kaum amat penting dipertahankan agarMalaysia dapat mengorak
langkah menuju kea rah pembentukan negarabangsa dan menjadi sebuah negara maju
menjelang tahun 2020.
Justeru,langkah-langkah
drastic perlu diimplementasikan dalam usahamemperkasakan hubungan antara kaum di
Malaysia.Lungan merdeka 53 tahun yang lalu adalah hasil usaha
permuafakatanantara kaum di Malaysia. Persoalannya, mengapakah phentingnya
perpaduankaum kepada sesebuah negara? Perpaduan kaum amat penting
untukmewujudkan sesebuah negara yang aman dan damai. Ketika negara laindiancam
dengan rencaman isu keganasan, Malaysia tetap gah di mata duniasebagai sebuah
negara yang makmur lagi harmoni. Hal ini adalah keranasegenap lapisan masyarakat
hidup bersatu padu dan menjadi perencahkepada kemakmuran Malaysia.
Keakraban dan
permuafakatan dalamkalangan masyarakat majmuk telah melahirkan satu identiti
negara yangdikagumi pada peringkat global. Tuntasnya kita dapat
menyimpulkan bahawamasyarakat yang bersatu padu akan membina satu bangsa
yang berdaulatdan maju serta mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai.Dalam
mengharungi arus pemodenan dan cabaran globalisasi, sesuatuperlu dilakukan
untuk memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.Pendidikan merupakan
satu wadah pentng untuk merealisasikan hasratmurni ini. Secara analoginya,
system pendidikan di Malaysia telah mengalamiperubahan sejak dari zaman
sebuelum merdeka hinggalah kini. PelaksanaaanDasar Bahasa Kebangsaan
berteraskan Perkara 152 PerlembagaanPersekutuan, Dasar Pendidikan Kebangsaan,
Ordinan Pelajaran 1957,Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1983 dan beberapa
penyata serta akata-akta pendidikan yang lain telah membolehkan semua
kaum berkomunikasisecara berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu.
Pengenalan satu sistem pendidikan bercorak
kebangsaan yang merupakan wadah untuk mengeratkan hubungan antara kaum. Melalui
system pendidikan yang sama,pelajar daripada pelbagai kaum akan belajar
dan berinterksi bersama-sama dan proses ini akan menggalakkan proses
perpaduan kaum. KementerianPelajaran juga telah memprkenalkan sekolah wawasan
yang menempatkantiga aliran pendidikan iaitu aliran kebangsaan, Cina, dan
India di satukawasan yang sama. Interaksi antara ketiga-tiga aliran pendidikan
ini akanmemperkasakan hubungan antara kaum. Selain itu, penggunaan BahasaMelaayu
sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsan turutmembolehkan
pelbagai kaum berinteraksi antara satu sam lain.
Sesungguhnya
system pendidikan kebangsaan menjadi pemangkin untukmengeratkan hubungan antara
kaum di Malaysia.Selaras dengan era teknologi maklumat dan komunikasi,
ledakaninformasi yang drastic dan radikal yang sedang melanda seantero
pelosoknegara, hubungan antara kaum juga perlu disemarakkan. Amalankemasyarakatan
seperti bergotong royong turut membantu mengeratkanhubungan antara kaum.
Inovasi terhadap budaya tolong menolong yangmelahirkan aktiviti-aktiviti
khidmat masyarakat seperti gotong royong danRukun Tetangga mampu menjana
semangat perpaduan yang erat dalamkalangan masyarakat. usaha menyemarakkan
aktiviti-aktiviti ini semulaadalah dengan menyediakan insentif-insentif
tertentu yang sudah pasti akanmenambahkan wadah pemupukan perpaduan bangsa.
Cadangan menjalankan
aktiviti gotong royong sebagai satu program nasional atausekurang-kurangnya
sebagai acara dalam perayaan menyambut ulang tahunHari Kemerdekaan wajar
dipertimbangkan kerana amalan ii dapatmemperkasakan hubungan antara kaum di
Malaysia.Perkembangan budaya yang berlaku dalam negara ii sejak
zamankemerdekaan jelas menunjukkan bahawa penerapan nilai-nilai budayasesuatu
kaum oleh suatu kaum yang lain berlakku tanpa paksaan. Misalnya,bilangan wanita
bukan Melayu yang memakai pakaian tradisional Melayuseperti baju kurung
semasa menghadiri majlis-majlis rasmi semakinbertambah walaupun tiada sebarang
peraturan yang memaksa merekaberbuat demikian.
Demikian jugalah
dengan bilangan rakyat bukan Melayuyang menggemari nasi lemak, sambal
belacan dan sebagainya bertambahbanyak. Orang Melayu juga banyak yang menggemari
masakan orang Cinaseperti nasi goring dan kuetiau goring. Penerapan
nilai-nilai budaya berbilangkaum ini akhirnya akan menjurus kepada perpaduan
kaum yang utuh dankukuh.Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa unsur-unsur
mangkinyang efektif membantu memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia.
Pelbagai pihak
perlu bertoleransi, bermuafakat dan bekerjasama dalamusaha mencapai aspirasi
keharmonian dan pemodenan negara bak katapepatah bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat.Perpaduan antara kaum dapat mewujudkan suasana
harmoni dalamkalangan masyarakat dan menjadi wadah penting kepada kesejahteraan
masyarakat sama ada pada peringkat glokal mahhupun global. Perpaduankaum
merupakan aset negara yang paling bernilai demi menjamin kemajuannegara
menjelang tahun 2020 dan bagi melahirkan satu bangsa Malaysiayang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
ASPEK - ASPEK UTAMA 1MALAYSIA
Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama
seperti berikut:
Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan
semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponenkomponen
asas yang menguatkan semangat bersatu padu di
kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi
oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat
Malaysia.
• Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi
Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah
nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik
yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju.
Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga
kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran
global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan
ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap
TERAS-TERAS PERPADUAN
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
1. Penerimaan
1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat
berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum
yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan
saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi
semata-mata.
2. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan:
a. Perlembagaan Persekutuan
b. Rukun Negara
3. Keadilan Sosial
Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana
pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil
kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang
berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukanperuntukan
Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada
golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini pula didokongi oleh nilai- nilai murni
termasuk nilai-nilai berikut:
• Hormat-menghormati : Hormat menghormati antara
semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya
kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan
kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan
peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh
sensitiviti kaum.
• Rendah hati (Tawadhuk): Rasa rendah hati atau Tawadhuk
adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam
satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara
harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum,
malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya yang
sendiri, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masingmasing
demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.
• Kesederhanaan: Ialah pendekatan sederhana dalam apa
jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk
seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak
langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada
masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.
• Berbudi-bahasa: Budi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah
laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala
interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana
kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat
Subscribe to:
Posts (Atom)