ASPEK - ASPEK UTAMA 1MALAYSIA
Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama
seperti berikut:
Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan
semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponenkomponen
asas yang menguatkan semangat bersatu padu di
kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi
oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat
Malaysia.
• Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi
Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah
nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik
yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju.
Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga
kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran
global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan
ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap
TERAS-TERAS PERPADUAN
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
1. Penerimaan
1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat
berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum
yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan
saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi
semata-mata.
2. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan:
a. Perlembagaan Persekutuan
b. Rukun Negara
3. Keadilan Sosial
Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana
pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil
kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang
berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukanperuntukan
Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada
golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini pula didokongi oleh nilai- nilai murni
termasuk nilai-nilai berikut:
• Hormat-menghormati : Hormat menghormati antara
semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya
kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan
kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan
peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh
sensitiviti kaum.
• Rendah hati (Tawadhuk): Rasa rendah hati atau Tawadhuk
adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam
satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara
harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum,
malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya yang
sendiri, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masingmasing
demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.
• Kesederhanaan: Ialah pendekatan sederhana dalam apa
jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk
seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak
langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada
masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.
• Berbudi-bahasa: Budi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah
laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala
interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana
kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat
No comments:
Post a Comment