Hubungan ketidakharmonian antara
kaum akan mengakibatkan negara kita berada di dalam keadaan yang tidak stabil.
Hal ini akan mendorong kepada pergaduhan atau pertelingkahan antara kaum.
Keadaan yang tidak stabil ini akan membimbangkan para pelabur.
Sekiranya,
sesebuah negara mengalami suasana huru-hara, pelabur asing akan terasa bimbang
terhadap modal yang dilaburkan juga tentang keselamatan perniagaan mereka di
negara ini. Kemerosotan ekonomi akan melambatkan proses perkembangan dan
kemajuan negara kerana kehidupan rakyat yang derita akibat kenaikan harga
barang secara mendatar dan kemunduran teknologi kerana tiada sumbangan modal
daripada para pelabur di dalam mahupun dari luar negara. Malahan, taraf hidup
penduduk akan menjadi rendah akibat ketiadaan peluang pekerjaan. Oleh hal yang
sedemikian, perpaduan di kalangan rakyat menjadi salah satu faktor penting
dalam penjanaan ekonomi negara.
Mengancam Keselamatan Negara
Pertahanan bagi sesebuah negara
juga banyak bergantung kepada rakyatnya. Secara langsungnya, hubungan tegang
antara rakyat akibat daripada perselisihan sememangnya mampu menggugat
keselamatan negara. Hal ini demikian kerana hubungan
yang harmonis di kalangan rakyat secara tidak langsungnya akan mewujudkan
sebuah tembok pertahanan yang kukuh dan dapat menjamin keselamatan sesebuah
negara. Negara yang kacau bilau bukan
sahaja terdedah kepada ancaman dari dalaman tetapi juga dari luar yang melihat
ini sebagai peluang untuk campur tangan sekaligus membuka peluang untuk
menguasai negara tersebut sama ada secara halus atau pun terang-terangan.
Menjejaskan Imej Negara
Bagi sebuah negara yang tidak
aman, ia akan menjadi tajuk perbualan di peringkat global. Imej negara terjejas
dan keadaan ini menjadi buruk apabila kita akan ditolak sama sekali untuk
mengadakan kerjasama dengan negara-negara maju yang lain. Negara akan menjadi mundur
sementara negara-negara yang tidak mengalami pergolakan kaum akan mencapai
kejayaan secara berterusan. Tanpa keamanan, negara tersebut sukar untuk
melakukan sesuatu yang dapat membanggakan mahupun menarik perhatian negara
lain.
Sebaliknya, jika perpaduan dan
hubungan harmonis wujud antara rakyat, ia adalah simbol kejayaan di peringkat
global. Dengan ini, sesebuah negara tersebut bukan sahaja akan disegani oleh
negara lain malah akan menjadi model dan rujukan kepada negara lain. Hubungan antara negara akan
berjaya dianjurkan dan pelbagai peluang kerjasama akan wujud lalu membawa
keuntungan ekonomi, sosial mahupun politik.
No comments:
Post a Comment