“Rakyat Malaysia mestilah hidup bersatu padu”. Demikianlah kata-kata
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selepas
memperkenalkan Rukun Negara kepada rakyat Malaysia. Kata-kata almarhum memang
ada kebenarannya kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Saya yakin bahawa banyak cara boleh dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan kaum
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Cara yang terbaik boleh kita lakukan untuk
menyatupadukan rakyat adalah melalui sistem pendidikan negara. Hal ini
dikatakan demikian kerana sistem pendidikan memainkan peranan penting sebagai
agen perpaduan. Pihak sekolah bolehlah memasukkan murid-murid ke dalam kelas
yang harmoni, yakni diduduki murid berbangsa Melayu, Cina, India, dan kaum-kaum
lain. Oleh sebab rambut sama hitam, hati lain-lain, pelbagai kaum
dapat belajar di dalam kelas di samping menyanyikan lagu kebangsaan untuk
memupuk perpaduan nasional.
Kerajaan pula mestilah bertindak bijak dengan menempatkan rakyat yang berbilang
kaum di sesuatu tempat. Hal ini dapat mengelakkan polarisasi kaum dan tidak
membina jurang pemisah antara kaum. Apabila tinggal bersama di sesuatu kawasan
petempatan, kita dapat bergaul mesra dan hidup bagai aur dengan tebing.
Sulaman kasih dan amala hormat-menghormati yang diamalkan pasti dapat membentuk
rakyat supaya hidup harmoni dan bersatu padu.
Pada masa yang sama, pelbagai program kemasyarakatan bolehlah diadakan oleh
pihak kerajaan. Sebagai contoh, kegiatan gotong-royong harus dijadikan aktiviti
tahunan suoaya kita dapat memupuk perpaduan kaum. Semua kaum mestilah memahmi
konsep berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Dengan
amalan ini, kita bukan sahaja dapat membersihkan tempat tinggal, malah dapat
bergaul mesra dan hidup serumpum bagai serai. Amalan inilah yang dikatakan
semangat 1Malaysia rakyat kita.
Di samping itu, amalan ziarah-menziarahi pada hari perayaan juga merupakan
rencah penting untuk menyuburkan semangat perpaduan antara kaum. Amalan rumah
terbuka misalnya bolehlah diadakan pada hari perayaan. Dengan berbuat demikian,
semua kaum dapat dikumpulkan bersama-sama meraikan hari perayaan dengan penuh
bermakna. Apabila berbual-bual dan bertukar-tukar pandangan, saya yakin bahawa
kita dapat berkenalan dan lebih memahami kebudayaan masing-masing.
Kesimpulannya, kita haruslah menyahut seruan Perdana Menteri untuk hidup
bersatu padu. Hal ini dikatakan demikian kerana semangat bersatu padu amat
penting untuk membina negara yang harmoni dan kukuh. Oleh sebab itu, tanpa
rakyat tiadalah negara. Rakyat haruslah berpegang teguh pada prinsip ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni demi membentuk masyarakat
majmuk yang bersatu padu. Malaysia Boleh!
Lucky Streak at Wynn Casino in Las Vegas, NV
ReplyDeleteLucky Streak 수원 출장마사지 is a five-reel video slot with 군포 출장샵 5 paylines. This action-packed slot machine is powered 동해 출장샵 by 정읍 출장샵 a 3-reel format 진주 출장샵 with high RTP,